"(Termasuk kalangan orang yang bertaqwa ialah ) orang yang menafkahkan harta mereka semasa senang dan susah, orang yang sabar menahan marah dan orang yang memaafkan kesalahan manusia. Dan Allah menyukai orang yang berbuat baik. [ Ali Imran : 134 ]
Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego
seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan
seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak
hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan
menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka
akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.
Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuang rasa 'ketuanan' kita
yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun
nafsi.
Di antara langkah yang perlu kitahadapi untuk menghilangkan marah
ialah :
a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk
kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan
kita daripada sifat marah.
d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa
kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah.
Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam
keadaan yang marah.
f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas
Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat
menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah
tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit
daripada tidur
i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan
akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.
Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah
orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah
dengan lemah lembut dan kasih sayang.
0 comments:
Post a Comment