SiaPaKah PeLapis Syafiq?

My photo
putrajaya, wilayah persekutuan putrajaya, Malaysia
Seorang ahli Peluru Emas.Seorang ex-Jenan 0105,seorang yang happy dan bakal menjalani hidup sebagai pendidik...suka berbicara seseatu secara telus dan hidup bersahaja bersama yang tersayang...

Kenali AtTauturk


Buat renungan bersama : Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal Attartuk.

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali
leher dan topi
(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri
pernah menari dengan seorang
wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau
rakyatnya tidak cenderung
kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah
dengan membuang unsur-unsur
Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki.
Hakikatnya mereka diarah
mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan
terang-terangannya mengatakan
bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu
dihapuskan untuk kemajuan.
10.Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan
undang-undang barat.
13.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid
dijadikan gereja.
14.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan
fakir miskin.
16.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab
kepada huruf Latin.
18.Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa
apabila salah seorang askarnya
ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut,
askar tersebut menjawab
'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum & bangga dgn jawapan
yg diberikan oleh askar itu.
Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada
beliau sehingga beliau rasa
terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan
di dunia.

Antaranya ialah :
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa
gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa
diarahkan kepada bomba
untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga
diarahkan untuk meletak ketulan
-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci
Allah, buat macam mana pun
rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan
kepanasan yang ditanggung, beliau
menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana
tidak tahan mendengar jeritan,
mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke
tengah lautan dan diletakkan
dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha
Besar, panasnya tak jugak
hilang!
Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan
terlalu panas dan sedar selepas
itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9 November 1938, beliau pengsan
sekali lagi selama 36 jam dan
akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun
yg memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayatnya
diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik
perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan,
mengkafankan dan
menyembahyangkannya .
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika
mayatnya di bawa ke tanah perkuburan.
Bila mayatnya hendak ditanam,tanah tidak menerimanya (tak dapat nak
bayangkan bagaimana tanah
tidak menerimanya) . Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali
lagi dan dimasukkan ke dalam
muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15
tahun sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha
Agung, bumi sekali lagi tak
menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam
dalam satu binaan marmar
beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang
menyedihkan, ulama-ulama
sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi
Turki, seluruh bumi
Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"
Dari Abdullah bin 'Amr r.a, Rasulullah saw bersabda : "Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat."
Muhasabahlah diri sendiri sebelum muhasabah diri orang lain. Apa yang
baik dan benar itu datangnya dari Allah
Wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Powered By Blogger