SiaPaKah PeLapis Syafiq?

My photo
putrajaya, wilayah persekutuan putrajaya, Malaysia
Seorang ahli Peluru Emas.Seorang ex-Jenan 0105,seorang yang happy dan bakal menjalani hidup sebagai pendidik...suka berbicara seseatu secara telus dan hidup bersahaja bersama yang tersayang...

Soalan Darah dan Jawapan


Soalan Objektif

1. Berapakah kumpulan darah manusia?

a. 3

b.2

c.5

d.4

2. Yang manakah BUKAN sel darah?

a.sel darah putih

b. sel darah merah

c. sel homosis

d. sel plasma

3. Yang manakah komposisi sel darah paling banyak dalam darah?

a.sel darah putih

b. sel darah merah

c. sel eletrolit

d. sel plasma

Soalan Subjektif

1. Berikan 4 penyakit darah

- Leukimia

- AIDS

- Talesimia

- Anemia

2. Fungsi darah dalam tubuh badan

- Sistem pengangkutan

- Pengawal suhu

- Sistem imunisasi badan

- membekalkan tisu dengan zat

Soalan Esei

Tiap hari kita menghirup udara dan memegang berbagai benda. Oleh itu, kita selalu berinteraksi dengan bakteria dan tanpa kita sedari, bakteria akan memasuki badan serta menjejaskan sisrem imunisasi badan.Namun begitu, dalam darah terdapat satu sel yang bertindak sebagai imunusasi iaitu sel darah putih.

Terangkan bagaimana sel darah putih melawan bacteria yang memasuki tubuh badan manusia.

Jawapan :

sel darah putih yang juga dikenali dengan nama leukosit. Jumlah sel darah putih dan trombosit ternyata hanyalah 0,5% dari jumlah keseluruhan darah dalam tubuh manusia. Dalam setiap komposisi darah normal, terdapat 5 – 10 ribu sel darah putih. Berlainan dengan sel darah merah, sel darah putih tidak mempunyai bentuk yang tetap. Hal ini disebabkan sel darah putih perlu selalu berubah bentuk untuk memudahkannya melawan bakteria.

Luka yang kita peroleh akibat kulit hirisan benda tajam memberikan peluang bakteria berkembang di dalam tubuh dan membuatkan sel darah putih bertindak balas. Hal ini kerana, bahagian tubuh yang terluka merupakan tempat berkumpulnya sel darah putih. Sel darah putih akan mengepung dan memakan bakteri yang terdapat pada luka tersebut hingga krsemuanya dihapuskan.

Ada kalanya bakteria tidak masuk ke dalam pembuluh darah, namun hidup menumpang di selaput bagian dalam lambung, paru-paru, usus, ataupun organ tubuh lainnya. Dalam keadaan sebegitu, sel darah putih dapat berubah menjadi sangat lembut dan merembes ke luar dari pembuluh darah untuk mengepung bakteriadan membasminya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Powered By Blogger