SiaPaKah PeLapis Syafiq?

My photo
putrajaya, wilayah persekutuan putrajaya, Malaysia
Seorang ahli Peluru Emas.Seorang ex-Jenan 0105,seorang yang happy dan bakal menjalani hidup sebagai pendidik...suka berbicara seseatu secara telus dan hidup bersahaja bersama yang tersayang...

Bantlku Bukan Bantalmu....


Bantal adalah keperluan untuk tidur ..pelbagai kerenah kita lihat semasa tido dengan bantal.Mengapa terjadi begini??Setelah wat sikit research...kebanyakkannya pendapat telah digabung dan hasilnya.....

1)Memeluk Bantal

Mereka yg suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni.Mereka mempunyai penghargaan yg tinggi terhadap lukisan,muzik dan satera.Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.Kadangkala ada yg boleh membaca peristiwa yg akan berlaku melalui mimpi.Mrk juga sgt prihatin terhadap kesusilaan.

2)Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan.Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping.Mrk jarang membuat keputusan sendiri,sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3)Tidur Dengan Satu Bantal

Mrk bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.Mrk juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4)Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mrk mempunyai sifat kurang baik.Mrk jarang bergaul dgn org ramai,kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkkan mrk cenderung bersifat egois.Mrk juga gemar menempuh jalan pintas utk mencapai cita2.Mrk tdk suka usaha.

5)Tidur tanpa Bantal

Mrk memiliki sifat percaya diri yg sangat tinggi.Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

Anda dikategori yg mana?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hidup Ku SuSah.....


susahnya nak idup kn?
Knape?
nak kena pikir pasal exam la..duit lagi...umah sewa lagi...macam2 lagi...

tapi knape perlu mengeluh?
knape org lain relaks je?

Kita Over reacting ke?
kita xcukup baguz ke?

saya nak nasihat kt saya dan semua readers..
bila susah pandang la org di bawah kita tapi bila nak beramal...tgk la yabg lebih tinggi dari kita...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rakan-rakan yang ku kasihi...




semangat setia kawan ku haran tetap utuh walaupun kita bakal hidup berasingan ..
namun ku harap..semua ini akan mengeratkan lagi persahabatan yang kita bina...

kawan bukan seorang dan bukan sebentar...
kawan adalah emas permata..
sekali ku dapat ku jaga..
kerana nilainya bertambah dan tidak akan turun..

ak bukan berkawan kerana harta,pangkat atau nama..
cukup sekadar apa yang kau ada..
kuterima semuanya..
tanpa mengenal siapa dirimu...

Frenzship 4 Life...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Camne nak pilih SAHABAT?


kawan,sahabat,teman...............apa semua nie??panggilan dan gelaran semata-mata ke?So, bagaimana nak cari seseorang yang layak dipanggil sahabat?Caranya mudah tapi rumit....

  1. Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan tetapi jangan mengenepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda. Bersikap terbuka baik untuk anda.
  2. Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga.
  3. Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.
  4. Hargai pendapat satu sama lain.
  5. Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.
  6. Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.
  7. Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan. Sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.
  8. Belajar daripada satu sama lain.
  9. Jangan mengata di belakang kawan anda.
  10. Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cara HenDak BerGauL....


Anda tidak pandai bergaul?BAGAIMANA NAK BERGAUL?

mengikut pendapat Dr.(insyaalaah) Muhammad Syafiq Firdaus, anda boleh selesaikan segala kerisauan anda dengan beberapa langkah mudah iaitu...

1. Hadapi kawan atau lawan dengan wajah yang tenang, gembira, sopan dan rela hati. Elak daripada menunjukkan sikap angkuh, sombong dan tinggi diri.

2. Jangan terlalu banyak menoleh ke mana-mana dan jangan terlampau tajam memandang orang lain.

3. Jangan biasakan diri banyak meludah atau berhingus di tempat awam, banyak menguap atau menggeliatkan badan.

4. Usahakan agar dudukmu itu kelihatan tenang, kata-kata selalu teratur, menjadi pendengar yang baik. Jika ada sesuatu yang melucukan lebih baik jika kamu diam saja.

5. Jangan bersikap pura-pura atau hipokrit sebab orng menyampah.

6. Elak daripada memberitahu sesiapa mengenai harta yang dimiliki kerana jika harta itu sedikit, orang akan memandangmu dengan kehinaan.

7. Jika berdebat, berpegang teguhlah kepada kesopanan dan jangan merendah-rendah kemampuan orang lain.

8. Jangan menjadikan harta lebih mulia daripada kehormatan diri.

9. Jika masuk ke majlis, berilah salam dan sentiasa merendah diri.

10. Jauhi daripada duduk dan bercakap-cakap di jalanan dan jika terpaksa sentiasalah menundukkan pandanganmu.

11. Jangan suka bergurau dengan cendekiawan dan orang yang kurang cerdik.

12. Jika banyak bergurau senda dalam sesuatu majlis, kerana terlupa atau lain-lain, berzikirlah sebelum meninggalkan majlis itu.

13. Yang penting jangan terlalu bongkak atau rasakan diri anda hebat kerana orang sebegini tidak akan dapat menerima orang lain atas dasar orang lain terlalu low standard dari dia.

klau cuba nasihat saya nie..may be in da future.lagi ramai orang akan berkawan dengan anda...insyaallah..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nak Kena Pindah...uhuhhuuuu


dah bertahun duk kat asrama....
skarang dah kena pindah...
kena cari rumah...tp sume mahal..pas2 nak kena masuk bln november nagn disember nie...


apa la nasib..
ada yang kena duk 9 orng pn ad...
mcmmn nak settle kan masalah ni..

sesiapa yang duk area kangar ni..
tolong la kami..
nak cari umah...huhuuhhuuuhhuhuuu

dalam rm350 sebulan
klau boleh 3 bilik..
nak masuk sewa dari disember 2009 sampai nov 2011..
slama 2 tahun..

klau blh dekat ngan kangar...
klau ada maklumat coment je kat blog nie...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sajak ego gileeer...



maap kepada penyajak2 sekalian..anda xego..anda bguz n rock..hehehhehe jangan trase ye DBP...saje nak kongsi ilmu ego dalam penulisan sajak..klau ad rezeki blh wat lagu puisi untk sajak ni..mana tau blh menang juara lagu..hahahahaha

Penyakit Ego

Penyakit ego salah satu mazmumah
yang amat bahaya
Jika penyakit ini ada
pecah-belahkan sesama manusia
Dari penyakit ini suka marah-marah
dan keras kepala
Juga hasad dengki lahir
daripada sifat ego ini juga

Hasad dengki pula melahirkan
dendam kesumat sesama
Ada peluang sifat ini akan bertindak
merosakkan manusia
Lahirlah dendam-mendendam
dan balas-membalas sesama
Semakin haru-birulah masyarakat manusia dibuatnya

Penyakit ego jika ada kuasa menzalim pula
Jika menjadi pengikut tidak mahu mengikut kata
Lahirlah kata-mengata di belakang pengikut dan ketua
Semakin pecah-belah dan permusuhan sesama

Penyakit ego payah menerima kebenaran
dari orang lain
Pandangannya sahaja yang hendak minta diterima
Sekalipun pandangannya salah
namun mesti diterima
Orang lain mana boleh terima bulat-bulat
tanpa ada hujah-hujahnya

Penyakit ego payah hendak berkasih sayang sesama
Tidak ada kasih sayang persatuan
dan perpaduan tidak akan ada
Tidak ada kasih sayang tidak ada kerjasama
Kekuatan bangsa lemah
membangunkan kemajuan payah

Buanglah ego
ia penyakit masyarakat yang utama
Ego satu sama lain tidak boleh bekerjasama
Akibatnya hidup masyarakat yang nafsi-nafsi
jadi budaya
Ramai pun tidak guna
ia tidak akan jadi kekuatan bangsa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sudah-sudah la Ego.....

Sifat kibir, sombong atau ego adalah penyakit paling besar di hati manusia. Tetapi ia tidak dianggap penyakit jiwa. Ia lebih terkenal sebagai sifat mazmumah. Orang tidak anggap sifat mazmumah seperti sombong atau ego itu sebagai penyakit jiwa walhal ia adalah penyakit jiwa yang paling bahaya.

Sombong ini sekurang-kurangnya ada tiga peringkat buruk atau jahatnya iaitu:

1. Apabila manusia sombong, ertinya dia mengambil sifat atau pakaian Tuhan yang tidak dibolehkan oleh Tuhan. Ada Hadis Qudsi yang menyatakan:

Maksudnya: "Kibir itu adalah selendang-Ku dan kemegahan adalah sarung-Ku. Barang siapa merampas salah satu darinya, Aku lemparkan dia ke Neraka Jahannam." (Riwayat Abu Daud)

Sifat Tuhan ada 99. Salah satunya ego. Sifat-sifat lain boleh kita mengambilnya terutama sifat Rahman dan Rahim. Tapi sifat yang satu ini hak mutlak Tuhan. Pakaian Raja segala raja. Siapa yang ada sifat ego, ertinya dia mengambil pakaian Raja segala raja.

Orang yang ada sifat ego, terutama yang menebal, sebenarnya dia mengaku dirinya Tuhan secara tidak langsung. Ini mazmumah besar selain kekufuran dan syirik. Bahkan dari ego boleh lahir syirik. Bagi orang yang masih sayang egonya, walaupun dia tidak mengaku dirinya Tuhan, secara tidak langsung dia pertuhankan dirinya. Ini merupakan dosa besar.

2. Sifat ego ini bukan dimulai oleh manusia tetapi dimulai oleh iblis laknatullah. Bahkan sifat ego adalah mazmumah yang pertama berlaku. Bukan manusia yang cetuskan tetapi iblis, makhluk yang paling dimusuhi oleh Tuhan. Mana ada makhluk yang lebih dimusuhi oleh Tuhan kecuali iblis. Musuh paling besar di sisi Tuhan ialah iblis. Seolah-olah dialah makhluk pertama yang mempertuhankan dirinya. Ini keburukan yang kedua. Jadi kalau ada orang yang masih simpan sifat ego, dibelai-belainya dan dijadikan senjata, ertinya dia mengikut iblis, bukan ikut Tuhan. Hadis menyebutkan:

Maksudnya: "Tidak akan masuk Syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan." (Riwayat Muslim)

Begitulah marahnya Tuhan pada orang yang ego kerana dia mengikut iblis, tidak ikut Tuhan.

3. Sifat ego ini salah satu sifat mazmumah yang membawa dosa besar selepas kufur. Bahkan dari ego, seseorang itu boleh jadi kufur apabila ego itu sudah besar. Dari sifat ego ini melahirkan lebih banyak mazmumah-mazmumah yang lain. Dari satu mazmumah, beranak-anak mazmumah yang lain. Seolah-olah ego itu bukan buah lagi tetapi ia adalah pokok kejahatan dalam hati manusia, yang akan melahirkan buah-buah kejahatan, yang berduri, kelat dan beracun. Dari ego, lahirlah sifat pemarah, dendam, sifat keras hati dan susah terima kebenaran. Dari situ lahir penzaliman. Sudah berapa banyak sifat yang dilahirkan oleh ego, yang bukan sahaja merosakkan dirinya bahkan mengharu-birukan kehidupan, memecahbelahkan rumah tangga, masyarakat, antara etnik dengan etnik, bangsa dengan bangsa dan akhirnya mencetuskan peperangan.

Betapa bahayanya sifat kibir ini. Penyakit jiwa yang tidak dianggap penyakit jiwa oleh orang akal. Penyakit jiwa dari mazmumah, terutamanya kibir, menyebabkan hancurnya dunia, hancurnya pembangunan, pecah belah kaum dan kemuncaknya berlaku peperangan. Jadi sifat kibir ini seolah-olah pokok yang boleh melahirkan buah-buah yang lain. Buah besarnya ialah sifat pemarah, hasad dengki, keras hati dan payah hendak terima kebenaran. Betapalah kalau kebenaran itu datang dari orang di bawahnya.

Dari kibir, lahirlah pemarah. Orang yang pemarah ini, berani marah terang-terangan sebab waktu dia marah itu dia rasa dia besar. Emak ayah yang bersifat ego, dia marah anak-anaknya secara terang-terangan. Anak yang ego, dia menyimpan marahnya. Untuk melepaskannya, tidak berani kerana emak dan ayahnya di depannya. Dia menyimpan dendam.

Begitu juga bos di pejabat. Dia akan ledakkan kemarahannya kepada staf-stafnya di pejabat. Pekerja yang tidak bersalah pun jadi susah hati walaupun bos hanya memarahi pekerja yang bersalah. Haru-biru dibuatnya. Tetapi kalau pemarah itu berlaku pada pekerjanya, dia tidak lahirkan pemarahnya sebab bos ada di depannya. Dia simpan dan berdendam. Dendam yang disimpan itulah merupakan bom jangka yang bila ada peluang akan diledakkan. Contohnya waktu bos berjalan di tempat sunyi, dia tembak bos. Lambat dia hendak melepaskan kemarahan itu tetapi sekali dia lepaskan, bahaya.

Demikianlah juga kalau dia pemimpin, dia boleh marah rakyatnya. Waktu itu, rakyat tidak berani melepaskan kemarahannya. Marah itu disimpan. Jangka panjang, berlakulah jenayah. Dia akan mengata-ngata pemimpin itu di belakangnya. Dia bermusuh dengan orang yang mengikut pemimpin itu. Dia lakukan sabotaj, vandalisme dan bermacam-macam perkara pada mereka. Kesan dari marah yang tidak dapat dilepaskan waktu itu, disimpan dan dalam jangka masa yang lama, ramai masyarakat yang haru-biru bila kemarahan itu dilepaskan.

Orang yang memiliki sifat ego; sama ada pemimpin, bos pejabat atau emak ayah; dia suka menzalimi. Kalau anak-anak atau pengikut pula ego, dia payah hendak taat. Kalau dia pemimpin, dia akan berlaku zalim. Kalau dia pengikut, dia tidak boleh taat. Inilah kesan dari ego.

Selain itu, kesan dari ego ialah tidak boleh menerima kalau orang lebih darinya. Terutama kalau sama-sama sekampung, sekelas, sejemaah, setempat kerja atau sebagainya. Tidak boleh orang melebihinya. Tidak boleh orang lebih kaya, lebih pandai, dia akan hasad dengki. Bila datang hasad dengki, dia akan fitnah orang itu, dia akan upah orang untuk menganiaya orang itu. Itulah kesan dari sifat ego.

Betapalah kalau sifat ego ini dimiliki oleh penguasa besar. Dia tengok bangsa-bangsa lain itu seperti tikus-tikus sahaja. Dia singa atau harimau. Dia akan serang sana dan serang sini. Tetapi bagi negara lemah yang diserang, yang rakyatnya lemah, dia tidak buat begitu tetapi dendam kesumatnya mendalam. Apabila jumpa orang-orang dari negara penguasa itu, dia akan bunuh. Maka tidak tidur malamlah 'singa' yang ego kerana 'tikus-tikus' yang ego.

Masing-masing melepaskan sifat egonya dengan cara masing-masing. Yang lemah secara lemah, yang militan secara militan. Isteri ada caranya sendiri, suami ada cara sendiri, anak-anak pun ada cara sendiri untuk melepaskan ego. Tidakkah haru-biru dunia? Akhirnya bila semua sudah ego, orang besar susah, orang kecil susah, ulama susah, orang bodoh susah, kerajaan susah dan rakyat pun susah.

Inilah kesan dari mengambil pakaian Tuhan. Kesan dari menjadi pengikut iblis bukan pengikut Tuhan. Lahirlah pemarah, pendendam, sakit hati, tidak taat. Rupanya ego ini adalah penyakit jiwa yang jadi punca kerosakan. Tapi orang tidak ambil berat tentang hal ini. Orang mengambil berat sakit jiwa yang membawa kepada penagihan dadah. Tapi itu kecil sebab ia tidak membawa kepada peperangan. Berlakukah dalam sejarah, pesakit jiwa yang menagih dadah itu berperang? Tetapi kerana sakit jiwa yang bersifat mazmumah, disebabkan sifat ego berlaku haru-biru dalam parti politik, dalam keluarga, dalam jemaah, dalam masyarakat dan dalam negara.

Apakah tempat pemulihan ego sudah diwujudkan sebagaimana tempat pemulihan penagih dadah? Sepatutnya ada pusat pemulihan ego kerana ia lebih bahaya dari penagihan dadah. Tetapi kalaupun ada pusat pemulihan ego, siapa yang hendak merawat penyakit ego itu? Semua orang ada ego. Mana ada orang yang tidak mempunyai sifat ego. Pendakwah pun ego. Yang hendak baiki ego pun sama-sama ego. Bertambah besarlah ego itu. Penagih dadah itu boleh dibuat pusat pemulihan kerana ada orang yang tidak terlibat dengan penagihan dadah. Jadi mereka boleh merawat penagih dadah.

Dunia hancur kerana sifat ego. Ada orang sayang hendak membuang egonya. Dia rasa terhibur dengan egonya. Kalau dia bos, bolehlah dia gertak-gertak pekerjanya. Kalau dia pemimpin, senanglah hendak gertak pengikut. Kalau ibu bapa, senang hendak gertak anak-anaknya. Kalau dia kawan, senanglah hendak perli kawan. Sesetengah orang menganggap ego itu perlu dibela. Sebab dia fikir, semua orang sudah ego, takkan dia tidak boleh ego. Nanti dia kena perli, kena zalimi, kena aniaya, kena marah. Maka baginya senjata ego itu penting.

Begitulah bahayanya sifat ego kepada kehidupan manusia. Orang yang ego bukan sahaja memakai pakaian Tuhan, tetapi dia juga menjadi pengikut iblis. Dari sifat ego itulah lahirnya berbagai-bagai mazmumah lain yang mengharu-birukan kehidupan manusia.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KOranG Tau x KoranG EgO?


nape kena EGO? lebih baik modenas je..hahahahhahaha dah lama x update blog ni...ms amat buzy..pelbagai halangan datang..kena block la..amali lagi..Namun semua 2 alasan je sebab ego xnak ngaku salah...kali ni saya nak kongsi tanda-tanda EGO.......

mcmmn nak tau kita EGO?
Sedikit sangat orang yang memiliki sifat ego, yang dia menyedari bahawa dirinya memiliki sifat keji tersebut. Natijah tidak menyedari adanya ego itulah maka tercetus berbagai perselisihan dan sengketa di dalam masyarakat. Ini berpunca kerana masing-masing diri dengan sifat ego tersebut bertembung dengan orang lain yang juga memiliki sifat yang sama. Dalam Keadaan mereka sama-sama pula tidak menyedari memiliki sifat ego.

Untuk mengetahui samada memiliki sifat ego atau tidak maka perlulah disuluh dengan ilmunya. Ilmu yang menjelaskan tentang ciri-ciri ego tersebut. Namun begitu bukanlah mudah untuk membuang sifat ego itu biarpun sudah mengetahui ciri-cirinya. Kerana ego adalah sifat keji pada batin. Ego adalah salah satu mazmumah yang bersarang di hati. Sebarang mazmumah bukan mudah hendak dikikis atau dipadamkan. Mazmumah tidak seperti penyakit lahiriah yang mudah diubat. Doktor malah doktor pakar memang bersedia merawat penyakit lahiriah. Penyakit batin atau mazmumah hanya boleh dirawat oleh mursyid yang benar-benar arif. Mursyid inilah yang sangat sukar ditemui. Betapalah pula manusia kini sudah tidak peduli dan tidak berminat untuk mengubati penyakit batin.

Sifat ego adalah penyakit batin. Ianya adalah abstrak atau maknawiyah, yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Namun tetap dapat dikesan melalui tanda-tanda lahiriah pada sikap seseorang itu. Atau dengan kata lain, sifat ego itu ada manifestasi atau implikasinya. Berdasarkan sikap dan tanda-tanda yang terserlah itulah dapat mengenali seseorang itu memiliki sifat ego. Di antara ciri-ciri ego itu adalah seperti berikut :-

1)Menolak Tuhan. Inilah peringkat paling tinggi keegoan manusia.

2)Tidak mahu mengakui akan kewujudan Tuhan ini yang menjadikan mereka berada di dalam kekufuran.

3)Menolak kebenaran. Biarpun terdapat golongan yang mengakui kewujudan Tuhan namun mereka yang salah faham akan keliru tentang Tuhan turut meletakkan diri mereka di dalam kekufuran. Turut berada di dalam kategori ini ialah mereka yang menolak kerasulan Nabi Muhammad SAW. Terdapat pula yang mengakui Allah SWT dan kerasulan Nabi Muhammad, namun mereka menolak kebenaran ajaran Allah SWT dan Rasulullah SAW. Mereka yang seumpama ini boleh jatuh kepada murtad atau kufur. Penolakan atas dasar lemah iman dan tidak boleh melawan tuntutan nafsu, syaitan dan kepentingan dunia maka kedudukan mereka sebagai zalim. Andainya berpunca dari kejahilan, namun tidak terlepas juga sebagai mereka yang ego tinggi yang dihukumkan sebagai fasik.
Golongan ini pula sangat meremehkan dosa pahala dan tidak suka memperkatakannya. Apa sahaja yang dibuat tidak mahu dikaitkan dengan persoalan dosa pahala atau halal haram. Keegoan mereka ini seolah-olah mahu bebas. Tidak mahu adanya sebarang keterikatan dengan hukum Allah SWT. Begitu juga dalam kontek kekuasaan Allah SWT, mereka tidak mahu mengaitkan sesuatu peristiwa atau perkara itu dengan bukti kekuasaan allah SWT yang Maha Kuasa. Sesuatu kejadian samada kejayaan, kegagalan mahupun musibah pada mereka lebih nampak kepada sebab atau faktor kejadian tersebut. Dalam soal usaha ikhtiar, mungkin juga boleh diterima sebagai faktor sebab yang terhasilnya sesuatu yang hakikatnya dengan izin Allah SWT. Apa yang anehnya sebagai memperlihatkan ego adalah bencana alam seperti gempa bumi, banjir, kemarau, jerebu, tanah runtuh yang sifatnya tidak ada campur tangan manusia, pun tidak mahu disandarkan kepada kekuasaan Allah SWT. Lantas dengan cepat mereka mengatakan itu semua adalah lumrah alam atau perkara biasa.

4)Tidak mahu menerima dari orang atau pihak lain. Seolah-olah merasa rendah atau tercabar atau terhina andainya kebenaran itu keluar dari mulut orang lain. Lebih-lebih lagi sekiranya sesuatu yang benar itu datangnya daripada orang bawahannya atau orang yang dianggap status sosialnya lebih rendah.

5)Ego juga dapat dilihat bilamana seringkali menzalimi orang lain apabila seseorang itu memiliki kuasa. Dia akan gunakan kuasa itu bukan sebagai amanah atau tanggungjawab tetapi sebagai peluang untuk menindas atau mendatangkan kesusahan kepada orang lain. Andainya roda pusingan kehidupan menjadikan gilirannya pula berada di bawah atau menjadi pengikut, ketika itu dia akan menjadi orang yang paling sukar untuk taat setia kepada pihak atasannya. Egonya itu membuatkan dia menjadi amat sukar untuk tunduk kepada peraturan dan perintah ketuanya.

6)Sering sahaja bercekak pinggang sebagai gambaran membesar diri. Sifat egonya itu terzahir dalam perbuatan bercekak pinggang biarpun tanpa disedarinya.

7)Payah hendak bertegur sapa kecuali kalau orang lain mendahuluinya. Dia merasakan tidak layak untuk menghormati orang lain seolah-olah orang lain yang patut menghormati dirinya.

7)Isi perbualan atau percakapannya sering saja melebihkan diri biarpun dalam nada tutur kata yang lunak. Apatah lagi bila ada peluang bercakap besar dan lantang.
Selalu berwajah serius dan masam. Ditambah pula dengan sikap yang kurang mesra.

9)Sangat memilih kawan terutamanya di kalangan orang yang setaraf sahaja. Kadang-kadang lebih suka berada di tengah-tengah orang yang lebih rendah bukan kerana merendah diri tetapi mengharapkan agar dirinya kelihatan lebih menonjol. Dan begitulah sebaliknya cuba mengelak berkawan dengan orang yang lebih atas kerana tidak mahu kelihatan dirinya rendah.

10)Sangat mudah tercabar oleh kebaikan orang lain. Apatah lagi apabila dicabar maka sangat tidak dapat menguasai emosi. Mudahnya tercabar itu samada akan memberi tindak-balas atau terus merajuk dan membawa hati.

11)Mudah menjadi marah terutamanya kalau orang lain yang membuat silap, lebih-lebih lagi kalau kesilapan itu tertimpa ke atas dirinya.
Kalau dia terbukti bersalah sangat sukar untuk meminta maaf. Dan apabila orang lain yang bersalah pula sangat sukar memaafkan.

12)Tidak boleh ditegur atau tidak mahu menerima teguran. Teguran boleh menyebabkan dia sakit hati malah timbul dendam terhadap orang yang menegurnya.

13)Sangat suka dipuji malah sentiasa menunggu-nunggu sahaja akan pujian orang kepadanya. Kalau dia mendengar pujian terhadap orang lain di hadapannya maka timbul sakit hati kepada orang yang memuji itu dan sakit hati kepada orang yang dipujinya.

14)Sangat suka berbahas. Dalam perbahasan pula sering meninggikan suara. Berbahas pula bukan hendak mencari kebenaran tetapi hendakkan kemenangan walaupun salah.


Kesan sifat ego ini sangat merbahaya dan dahsyat. Lihat sahajalah Firaun, Namrud dan Hamman, kerana egolah mereka sanggup menderhakai Tuhan. Bahkan sanggup mati di dalam kekufuran. Biarpun berbagai bencana Tuhan datangkan sebagai amaran dan ancaman, semuanya tidak menjadi pengajaran, iktibar dan ingatan. Apalah ertinya mempertahankan ‘kenikmatan’ ego itu sedangkan menanggung seksa dan laknat Allah SWT.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Powered By Blogger